Wednesday, April 16, 2008

Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia[KKM[

Visi

Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.


Misi

Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
  • Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai
  • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu
Dengan harapan, semua rakyat malaysia dapatkan bekerjasama untuk menjayakan visi dan misi KKM ini.

No comments: